Monday, December 10, 2007

3P 2007 di UIAM

"Program Pentauliahan Professional" itulah nama panjang bagi singakatan 3P. Alahamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya antara yang telah dipilih untuk menyertai salah satu program yang bermanfaat ini dengan percuma di bawah biayaan Kementerian Pelajaran Tinggi. Program yang sudah masuk edisi ke 2 di uia kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dari Kuliyyah of Engineering dan juga ICT memandangkan pakej yang ditawarkan agak menarik dan mampu untuk membantu para mahasiswa dan mahasiswi melengkapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

CompTIA A++

Daripada sebilangan kursus yang ditawarkan, saya memilih untuk menyertai kursus CompTIA atas faktor minat dan kesedaran mengenai kepentingan untuk menjalankan proses penyelenggaraan PC. Mungkin juga antara sebab yang lain untuk menambahkan pendapatan sampingan apabila bekerja nanti.

Jadual Kelas yang Padat

Tiada pilihan yang saya ada kecuali untuk mengorbankan cuti walaupun adik-adik di rumah kerap manelefon dan menghantar sms bertanyakan khabar bercerita keadaan di kampung sana.
Pengorbanan demi setitis ilmu, itulah yang terpaksa dilakukan. Kelas yang dikendaikan sepenuhnya oleh Bro Al Malik itu cukup menarik kerana agak banyak aktiviti yang kami lakukan ditambah lagi dengan banyak perkara baru yang tidak pernah kami ketahui. Namun agak membebankan kerana kelas bermula seawal pukul 9 pagi berakhir jam 6 petang setiap hari.

Peperiksaan

Syukur juga kerana tanpa persediaan yang cukup rapi saya dapat juga melepasi halangan pertama pada 25 Nov. Peperiksaan kedua yang berlangsung 2 hari berikutnya agak mudah berbanding yang sebelimnya. Kejayaan cemerlang secara keseluhannya telah mendorong Bro Al-Malik untuk belanja kami makan di Pizza Wangsa Maju.

Bersama Bro Al Malik dan classmates di Pizza Hut Wangsa Maju

Soft Skills

Selepas melepasi peperiksaan CompTIA kami didedahkan dengan pelabagai tips menarik untuk mempersiapkan diri mengahadapi interview apabila tamat belajar. Pebagai rahsia dikongsi oleh Sir Rama ketika Soft Skills kelas tersebut. Pada 29 hb Nov program 3P ini secara rasminya tamat dan pelbagai luahan emosi dapat dirasakan terutamanya oleh pelajar yang baru sahaja menamatkan pangajian di UIAM. Harap di masa hadapan program ini akan terus dapat dianjurkan di UIAM ini. Wallahu A'lam

Tuesday, November 20, 2007

Salam from Kuliyyah of Engineering

"Pemimpin akan silih berganti, tetapi tidak akan sekali kepimpinannya berubah" demikian kata-kata daripada seorang tokoh penting negara. Umum sedia maklum bahawa pucuk kepimpinan sesebuah organisasi akan sentiasa mengalami perubahan seiring dengan tuntutan demokrasi. Kitaran ini akan sentiasa berlaku dan terus berlaku sehingga ke akhir usia bumi ini.

Perlantikan sebagai presiden

Barangkali sudah dalam perancangan Allah Taala untuk menaikkan saya sebagai presiden Enginius yang sudah masuk generasi ke 14 walaupun acap kali saya mengelakkan diri dari dicalonkan untuk memikul tugas sebesar gunung ini. Alangkah beratnya hati saya melangkah keluar dari majlis syura pada malam 24hb Oktober yang lalu mengenangkan beban yang bakal dipikul, ditambah lagi dengan fikiran yang bercelaru dalam membuat persediaan untuk final exam.

Kepimpinan daripada Rasulullah

"Seandainya Fatimah (Puteri Baginda) itu mencuri, maka aku sendiri yang akan memotong tangannya"- hadith
Begitulah amanahnya baginda dalam membuat keputusan. Dalam kekalutan saya mencari pedoman untuk memimpin masyarakat di kuliyyah kejuruteraan tercinta ini, sudah tentulah tidak akan ada pilihan selain daripada mengambil pelajaran dan pengajaran daripada kepimpinan Rasulullah. Kejayaan baginda yang sememangnya diiktiraf sebagai antara pemimpin terulung yang pernah dilahirkan di dunia ini terbukti apabila termetrainya perjanjian Hudaibiyah yang akhirnya membawa kepada pembukaan Kota Mekah tanpa pertumpahan darah meyakinkan saya betapa kesabaran dan kebijaksanaan dalam kepimpinan akan membawa kejayaan dengan izin Allah Taala.

Usaha, Doa dan Tawakkal

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga buat mainboard Enginius XIII atas kecemerlangan yang akan menyemarakkan lagi perjuangan Enginius XIV. Segala kenangan sepanjang bergelar exco bersama anda tidak akan luput luput dari memori saya ini.

Enginius XIII ketika menerima lawatan daripada
Idris Tawfiq

Pinta saya hanya satu..teruskan berdoa untuk saya dan rakan-rakan agar terus gigih dan tabah dalam usaha untuk membawa Enginius terus mara kehadapan. Biarpun pelbagai halangan dan rintangan yang bakal kami hadapi, insya Allah kami akan berusaha seadanya untuk mengatasinya..insya Allah.
Wallahua'lam.
_____________________________________________________
_____________________________________________________