Tuesday, November 20, 2007

Salam from Kuliyyah of Engineering

"Pemimpin akan silih berganti, tetapi tidak akan sekali kepimpinannya berubah" demikian kata-kata daripada seorang tokoh penting negara. Umum sedia maklum bahawa pucuk kepimpinan sesebuah organisasi akan sentiasa mengalami perubahan seiring dengan tuntutan demokrasi. Kitaran ini akan sentiasa berlaku dan terus berlaku sehingga ke akhir usia bumi ini.

Perlantikan sebagai presiden

Barangkali sudah dalam perancangan Allah Taala untuk menaikkan saya sebagai presiden Enginius yang sudah masuk generasi ke 14 walaupun acap kali saya mengelakkan diri dari dicalonkan untuk memikul tugas sebesar gunung ini. Alangkah beratnya hati saya melangkah keluar dari majlis syura pada malam 24hb Oktober yang lalu mengenangkan beban yang bakal dipikul, ditambah lagi dengan fikiran yang bercelaru dalam membuat persediaan untuk final exam.

Kepimpinan daripada Rasulullah

"Seandainya Fatimah (Puteri Baginda) itu mencuri, maka aku sendiri yang akan memotong tangannya"- hadith
Begitulah amanahnya baginda dalam membuat keputusan. Dalam kekalutan saya mencari pedoman untuk memimpin masyarakat di kuliyyah kejuruteraan tercinta ini, sudah tentulah tidak akan ada pilihan selain daripada mengambil pelajaran dan pengajaran daripada kepimpinan Rasulullah. Kejayaan baginda yang sememangnya diiktiraf sebagai antara pemimpin terulung yang pernah dilahirkan di dunia ini terbukti apabila termetrainya perjanjian Hudaibiyah yang akhirnya membawa kepada pembukaan Kota Mekah tanpa pertumpahan darah meyakinkan saya betapa kesabaran dan kebijaksanaan dalam kepimpinan akan membawa kejayaan dengan izin Allah Taala.

Usaha, Doa dan Tawakkal

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga buat mainboard Enginius XIII atas kecemerlangan yang akan menyemarakkan lagi perjuangan Enginius XIV. Segala kenangan sepanjang bergelar exco bersama anda tidak akan luput luput dari memori saya ini.

Enginius XIII ketika menerima lawatan daripada
Idris Tawfiq

Pinta saya hanya satu..teruskan berdoa untuk saya dan rakan-rakan agar terus gigih dan tabah dalam usaha untuk membawa Enginius terus mara kehadapan. Biarpun pelbagai halangan dan rintangan yang bakal kami hadapi, insya Allah kami akan berusaha seadanya untuk mengatasinya..insya Allah.
Wallahua'lam.
_____________________________________________________
_____________________________________________________